Setiap yang bergelar WARGANEGARA MALAYSIA adalah pewaris
kepada negara ini. Tiada siapa yang akan menentukan hala tuju negara tempat
tumpah darah ini selain kita kecuali jika KITA MAHU DIJAJAH SEMULA oleh bangsa
asing. Membaca politik atau menulis politik, ataupun berbicara politik bukan
bermakna kita mahu jadi orang politik yang menyokong mana-mana parti politik;
tetapi sebagai individu yang berhak keatas negara ini adalah lebih baik jika
kita sedar dan kenal hala tuju NEGARA YANG AKAN DIWARISI...
People must “stick their necks out” and speak up if they see something obviously wrong….. Tun Dr Mahathir Mohamad.
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk
sesuatu kumpulan. Perkataan, "Politik" diambil dari perkataan Yunani ‘Polis’
dengan diistilahkan ‘Politic’ yang bermaksud bandar. Politik berlaku
dalam semua kegiatan berkumpulan. Politik bukan sahaja digunakan bagi merujuk kepada kerajaan,
tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama dan
sebagainya, terutama kumpulan yang terkakang oleh sumber terhad dan mengandungi
hierarki dominans ( dominance hierarchies ).
Politik wujud
sebelum wujudnya ketamadunan manusia.Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki
dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status
hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan
daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih
tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya mengawan
dan membiak dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk
melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup.
Politik manusia awal berbentuk kumpulan-kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ). Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Juga mengenai bagaimana kita menyelesaikan pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat. Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).
Hari ini, kebanyakan kajian mengenai politik tertumpu pada DEMOKRASI, dan bagaimana bentuknya mempengaruhi keputusan yang dilakukan. Negara kita Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem
ini adalah berdasarkan sistem Westminster
kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif
ditetapkan oleh kabinet
yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota
Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan
Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet
merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Malaysia
mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70
orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada
dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44
ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan
satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan
Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.
Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa
perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan
Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau
bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini.
Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam
di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri.
tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut
negeri.Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal lain.