Let's SHARE WORLD together ! Mari Kongsi BUMI Bersama !

Isnin, 12 Disember 2011

Aku orang LAHAD DATU

Lahad Datu dengan keluasan 6,635.2 km2 terletak di timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Semasa pemerintahan Chartered Company,daerah ini menjadi tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu.
Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan dalam salasiah kesultanan Sulu.
Lahad Datu dari segi geografi, terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau pada kedudukan latitud 5° 1' Utara dan longitud 118° 19' Timur.
Penduduk Lahad Datu pada tahun 2000 ialah seramai 156,059 orang dan terdiri dari pelbagai suku dan etnik yang terdapat di Sabah.
Ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman kelapa sawit dan semakin pesat membangun seiring dengan bandar lain di Sabah.

Tiada ulasan: