Pakaian dalam merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya.Terdapat beberapa istilah lain untuk pakaian dalam. Baju dalam, kain dalam dan seluar dalam khusus merujuk kepada baju, kain dan seluar yang dipakai di bawah pakaian biasa. Terdapat pelbagai lagi istilah digunakan untuk merujuk pakaian dalam mengikut tempat dan bahasa.
Dalam cuaca sejuk, pakaian dalam panjang kadang-kala dikenakan bagi memberikan kepanasan tambahan. Sesetengah pakaian dalam bertujuan memberi kesan berahi. Ada juga jenis pakaian dalam tertentu memiliki kepentingan keugamaan.
Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluar pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.Pakaian dalam yang biasa dipakai oleh wanita kini termasuk coli dan seluar dalam wanita, sementara lelaki mengenakan seluar dalam lelaki, seluar pendek boxer, dan seluar dalam boxer. Pakaian yang biasa dipakai oleh kedua jantina termasuk T-shirts, baju tanpa lengan (juga dipanggil singlet), bikini, thong, dan G-string..
Pakaian dalam lingeri ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pakaian dalam yang berfesyen lagi menggoda. Istilah "lingeri" berasal daripada perkataan Perancis, linge ("boleh dibasuh"), sebagaimana digunakan dalam ungkapan faire le linge ("mencuci kain kotor"). Sesungguhnya, perkataan itu pada asasnya berasal daripada perkataan lin yang membawa pengertian "linen boleh basuh". Kain linen ialah fabrik yang digunakan untuk membuat pakaian dalam Eropah sebelum pengenalan kapas mula-mulanya dari Mesir dan kemudian dari India. Bagaimanapun, dalam bahasa Inggeris, istilah "lingeri" hanya digunakan khusus untuk pakaian dalam yang direka bentuk semata-mata untuk menggoda atau bersifat erotik. Ia biasanya menggunakan fabrik seperti Likra, nilon (rajut nilon), poliester, satin, renda, syir, dan/atau sutera.
Konsep lingeri sebagai pakaian yang menggoda ialah satu perkembangan akhir abad ke-19. Lady Duff Gordon dari Lucile merupakan salah satu perintis lingeri yang awal bagi membebaskan wanita daripada korset yang sangat menyekat.
Pakaian dalam wanita sebelum rekaan kain krinolin seringnya sangat besar dan tebal. Sewaktu abad ke-20 berlangsung, pakaian dalam menjadi semakin kecil dan lebih ketat. Pada 1960-an, pengilang-pengilang lingeri yang 'berkontroversi' seperti Frederick dari Hollywood mula membayangkan pakaian dalam lingeri sebagai sesuatu yang penuh daya tarikan dan dengan itu, gagasan lingeri sebagai sesuatu pakaian dalam yang memiliki daya penarik seks beransur-ansur berkembang dengan perlahan.
Industri pakaian dalam lingeri terus berkembang pada abad ke-21, dengan reka bentuk yang juga sesuai digunakan sebagai pakaian luar. Orang Perancis merujuk kepada jenis ini sebagai dessous-dessus yang pada asasnya membawa pengertian "pakaian dalam sebagai pakaian luar". Butik Faire Frou Frou mengkategorikan pakaian dalam lingeri sebagai hiasan tambahan, dengan perinciannya seperti pita dan hiasan renda berlapis ditunjuk-tunjukkan sebagai sebahagian pakaian luar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan